CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 16, 2013

Hari kejatuhan

Hari ini hari yang dianggap hari kejatuhan bagi gadis setan ini.Hari dimana apa yang dilakukan olehnya serba serbi tidak kena.Tidak tahu kenapa.Tidak tahu mana silapnya.Tidak tahu mana salahnya.Setiap poerkara yang terjadi hari ini tidak sedap dimata gadis setan,tidak selesa di hati gadis setan.


Hari ini hari kejatuhan bagi gadis setan.Mungkin pada pandangan orang ramai, it nothing!Tapi tidak bagi gadis setan ini.Hari ini gadis setan berasakan bahawa hidupnya sudah berada di bawah,tidak seceria dahulu.Ingin sahaja gadis setan ini larikan diri pulang ke syurga yang dirinduinya agar dapat bersama dengan kekasih hatinya di syurga.Ingin sahaja menziarahi pusara kekosongan hati yang amat dirinduinya.Yang dirinduinya hampir setahun lamanya.

Ingin sahaja gadis setan ini berlari dari segala rasa gundah gulana ini.Mencari kebahagiaan yang dahulunya dikecapi.Yang dahulunya dimiliki.Gadis setan ini sudah tidak seceria dahulu,tak semanis dahulu. Entah mengapa perkara sebegini berlaku padanya.Hanya mampu memohon pada Yang Maha Kuasa, kembalikan senyuman pada wajah gadis setan pada hari yang akan datang.Agar gadis sewtan ini tabah menghadapi dugaan,cabaran dan ringtangan yang bakal mendatang.Amin!