CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 28, 2012

KEHIDUPAN

Dalam hidup ini banyak benda berlaku dan terus berlaku.Dari awal kelahiran kita hingga hujung nyawa,sentiasa diwarnai dengan asam garam kehidupan.Adakalanya ia membuatkan kita hilang arah dan hala tuju sebagai seorang manusia yang waras.Mahu tidak mahu kita kena melaluinya dengan hati yang tabah.Tak semua yang terjadi pada diri kita dalam hidup ini buruk. And if you have a bad luck in your life,stay calm and just face it :)


Aku bersyukur kerana masih mampu bernafas di muka bumi ALLAH ini .Walaupun sedar diri kecik dan hina ini merupakan hamba yang serba serbi cacat di mata-Nya.Semua yang aku ada serba tak kena.Entah apa yang tak kena,yang pasti apa yang aku ada cukup sempurna cuma aku saja yang tak menghargainya.

I got a lovely mama.Ya,a woman who always protect me no matter what happens.Who always stand by my side when im sad and happy.Yang selalu care about aku time aku sakit,care pasal study aku,hidup aku, mkan pakai aku.Individu yang paling menceriakan hidup aku.Individu yang suka marah aku bila aku buat perangai seta aku dan the most importand,seorang individu yang tabahkan aku hingga aku jadi apa yang aku jadi sekarang.Terima kasih kerana memberi anugerah yang paling hebat ini muncul dalam hidupku Ya Allah.

I also ada siblings yang membantu.Ada arwah abang yang paling awesome in the world.Tapi Allah lagi sayang my awesome brother.Semoga kau bahagia disana abang.Dan tak lupa aku ada seorang adik yang comel.Walaupun aku dengan dia sering bergurau kasar,mencakar sana sini,bergusti seperti lelaki sasa.At least i know she love me and i love her too.


Peneman hidup?Memang diakui semua orang amat memerlukan seseorang dalam hidupnya untuk sempurnakan lagi kehidupan.But, aku rasa tak perlu aku bicara mengenai ini kerana hati ini masih belum layak dimiliki dan dihargai.



So what the meaning of life? for me there are simple answer for this question,"Whatever you want it to be".Oleh itu aku nak menjalani kehidupan aku dengan cara aku!Aku tidak akan amik kisah apa yang semua anjing-anjing pendengki yang sering memburu aku, manyalak mengenai aku.Kerana aku tahu kehidupan aku lebih bahagia akibat kehadiran anjin-anjing durjana ini.Terima kasih wahai anjing-anjing kerana sudi membantu aku melangkahkan kaki ke SYURGA ABADI di akhirat nanti.

Wednesday, December 26, 2012

Mimpi yang diharapkan menjadi Realiti

Mimpi , sering kedengaran dicuping telinga ini bahawa ianya hanyalah mainan tidur,gangguan syaiton nirojim . AHH! persetankan semua itu .Gadis setan ini sudah cukup menyetan di dunia,pasti tiada syaitan yang menganggunya.Gadis setan ini leka beradu di kamar yang selesa di syurga kecilnya.Amat selesa berada di syurga kecil yang serba sederhana tambahan lagi disamping kasih hati yang disayangi.

Gadis setan ini leka beradu hingga dibuai mimpi.Mimpi yang indah.Mimpi mengenai kekosongan hati yang amat dirinduinya.Ya!Sudah lama gadis setan ini tidak bermimppi tentang kekosongan hati.Terlalu lama.Terlalu lama tidak menatap wajah kekosongan hati di dalam mimpi.Dahulu gadis setan ini sering termimpi mengenai kekosongan hati.

Bertapa rindunya gadis setan ini terhadap kekosongan hati,Didalam mimpi ,terlihat kekosongan hati pulang ke syurga kecil.Pulang bersama kejayaan yang memang dikecapinya dahulu.Kejayaan yang membuatkan seluruh pelusuk syurga kecil menjerit keriangan penuh kebanggaan.Pulang menemui seluruh ahli syurga kecil.Berbicara dengan ahli syurga kecil yang amat merinduinya.Menceritakan kisah-kisah kejayaannya kepada ahli syurga kecil.Bahagia sahaja raut wajahnya.Tiada apa yang berubah pada senyuman iklasnya itu.

Gadis setan ini didalam mimpi tersebut bersuara kepada kekosongan hati.Yang dia turut bakal berjaya mengikut jejak langkah kekosongan hati.Kekosongan hati adalah inspirasi dan semangat gadis setan ini.Hinggakan gadis setan ini bersuara didalam mimpi.Dimana gadis setan akan memberikan alat yang membolehkan kekosongan hati dapat memghubungi ahli syurga kecil setiap masa.Dan kekosongan hati ada bersuara kan selalu pulang ke syurga kecil




Ya Allah!Alangkah indahnya dunia gadis setan ini jika mimpinya realiti.Sesungguhnya gadis setan ini terlalu merindui kekosongan hati.Amat merindui kekosongan hati.Gadis setan yang lemah ini hanya boleh berdoa agar kekosongan hati bahagia dan terpelihara disana.

Thursday, December 20, 2012

ERTI segala ERTI

Kadang-kadang kita berasa hidup ini tiada erti.tiada guna hidup apabila kita kehilangan.Merasa diri tak berguna dan sentiasa berada dalam kerugian.mengakibatkan usaha dan usaha berhenti di tengah jalan , harapan tinggal harapan, impian hanya impian dan hanya kenangan menemani diri yang berduka.Kekuatan hilang terbang melayang entah kemana.Segalanya sudah tidak bererti kini walaupun dahulunya semua ini amat BERERTI. kasih sayang yang ada tidak mencukupi .Hati rasa gundah gulana hidup rasa sia-sia.

Kasih sayang yang dahulunya mencurah-curah tapi kini ia kosong.hanya kerana hidup ini rasai kehilangan yang besar.Memang ramai yang akan berkata 'yang pergi , biarlah pergi, usah dikenang benda yang lepas'.Mudah berkata-kata dari menaggungnya sendiri.Dulu orang di sekeliling ada yang menghadapi perkara yang sama,malah ada yang lebih teruk.Tapi diendah tak endahkan sahaja apa yang ada disekeliling kerana bahagia dengan apa yang diperolehi.Kini semuanya hilang baru mata terbuka dengan luasnya.


Lawak jenaka,gurau senda,caci maki,pukulan dan tumbukan semua itu cara menunjukkan kasih sayang.Kini jika ada semua itu pun,tak semeriah dulu,tak sehangat dulu kerana ada yang hilang.Hilang yang kehilangnya pergi tak kembali,dinanti pun tiada guna kerana tidak akan muncul semula.malah tiada pengannti.


Allah maha suci.menghantar gadis setan ini ketempat yang hati gadis setan ini tidak mahu pergi,yang tidak mahu dijejaki dan diingati.Ya! tiga tahun terpaksa disana.Terpaksa kuatkan hati yang kecil ini.Demi menyempurnakan impian yang tergendala dahulunya akibat belum tiba masanya.Namun saat disana amat perit.Hari-hari di lubuk hati menjerit meronta ingin pulang ke syurga asal dan tidak mahu tinggal di syurga yang dirasakan tidak memerlukan kehadiran gadis setan yang pura-pura kuat,pura-pura tabah.


Gadis setan melangkah dengan lemah ketempat yang tidak diingininya.Dengan harapan menjejaki semua tempat yang pernah dijejaki oleh kekosongan hati.Kuatkan diri melangkah dan melangkah pergi menjejaki dan menawan tempat yang sebelum ini hanya didengari. Ya!Gadis setan ini dah menjejaki tempat-tempat yang didengarinya dan semasa berada disana hati gadis setan ini berkata "Ya Allah , kau beri hambamu ini peluang ke tempat kenangan yang abadi.Terima kasih''


Hari demi hari hidup semakin sepi.Setiap malam gadis setan ditemani air mata yang mengalir tanpa henti.Kuatkanlah si gadis setan ini Ya ilahi.Pernah juga terfikir si gadis setan jika kekosongan hati berada di syurganya,maka gadis setan adalah yang paling bahagia paling gembira paling ceria.Namun itu semua angan-angan gadis setan yang hampa yang tidak logik diterima oleh akal fikiran kerana kekosongan hati sudah tiada.Apa yang mampu dilakukan oleh gadis setan hanyalah mengiringi kekosongan hati dengan doa dan doa.


Kemewahan kini memang melimpah bagaikan larva yang dimuntahkan oleh gunung berapi yang ganas.Namun semua ini tak berguna akibat kehilangan yang hilang lebih besar daripada apa yang dikecapi sekarang.Memang diakui hidup ini makin lama makin dimurahkan rezeki olehNya.Ahhh, semua itu tak bermakna jika hati ini kosong.Tidak bermakna apabila terdapat ruangan kosong yang amat dalam dilubuk hati ini.Tidak bermakna jika ia melibatkan hati kecil ini dan melibatkan hati-hati yang lainya.Semua merasa kehilangan kekosongan dan keperitan.



Kasih sayang dari sahabat-sahabat baru si gadis setan sentiasa mengiringi si gadis setan di syurga kekosongan hati.Kasih sayang ini semua dihargai namaun masih belum cukup untuk mengisi tempat kekosongan hati.tempat yang diduduki kekosongan hati terlalu luas terlalu dalam.Ya, si gadis setan memang suka berpura-pura.Kerana gadis setan ini tidak mahu meraih simpati.Pura-pura cekal walaupun sedar diri ini tidak kuat tidak tabah.Gadis setan ini memang akan berpura-pura hingga ke hujung hayatnya kerana bimbang kasih dihati yang ada dihati ini lebih terasa.Gadis setan kuatkan diri kerana kasih dihati masih ada.




Kekosongan hati adalah segala erti kasih sayang yang ada di dunia gadis setan dan kasih dihati.Tiada yang lain.Semoga gadis setan ini menjadi gadis pari-pari suatu hari nanti.Kerana gadis setan ini ingin menemui kekosongan hati di syurga abadi.