CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 26, 2012

Mimpi yang diharapkan menjadi Realiti

Mimpi , sering kedengaran dicuping telinga ini bahawa ianya hanyalah mainan tidur,gangguan syaiton nirojim . AHH! persetankan semua itu .Gadis setan ini sudah cukup menyetan di dunia,pasti tiada syaitan yang menganggunya.Gadis setan ini leka beradu di kamar yang selesa di syurga kecilnya.Amat selesa berada di syurga kecil yang serba sederhana tambahan lagi disamping kasih hati yang disayangi.

Gadis setan ini leka beradu hingga dibuai mimpi.Mimpi yang indah.Mimpi mengenai kekosongan hati yang amat dirinduinya.Ya!Sudah lama gadis setan ini tidak bermimppi tentang kekosongan hati.Terlalu lama.Terlalu lama tidak menatap wajah kekosongan hati di dalam mimpi.Dahulu gadis setan ini sering termimpi mengenai kekosongan hati.

Bertapa rindunya gadis setan ini terhadap kekosongan hati,Didalam mimpi ,terlihat kekosongan hati pulang ke syurga kecil.Pulang bersama kejayaan yang memang dikecapinya dahulu.Kejayaan yang membuatkan seluruh pelusuk syurga kecil menjerit keriangan penuh kebanggaan.Pulang menemui seluruh ahli syurga kecil.Berbicara dengan ahli syurga kecil yang amat merinduinya.Menceritakan kisah-kisah kejayaannya kepada ahli syurga kecil.Bahagia sahaja raut wajahnya.Tiada apa yang berubah pada senyuman iklasnya itu.

Gadis setan ini didalam mimpi tersebut bersuara kepada kekosongan hati.Yang dia turut bakal berjaya mengikut jejak langkah kekosongan hati.Kekosongan hati adalah inspirasi dan semangat gadis setan ini.Hinggakan gadis setan ini bersuara didalam mimpi.Dimana gadis setan akan memberikan alat yang membolehkan kekosongan hati dapat memghubungi ahli syurga kecil setiap masa.Dan kekosongan hati ada bersuara kan selalu pulang ke syurga kecil




Ya Allah!Alangkah indahnya dunia gadis setan ini jika mimpinya realiti.Sesungguhnya gadis setan ini terlalu merindui kekosongan hati.Amat merindui kekosongan hati.Gadis setan yang lemah ini hanya boleh berdoa agar kekosongan hati bahagia dan terpelihara disana.