CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 20, 2012

ERTI segala ERTI

Kadang-kadang kita berasa hidup ini tiada erti.tiada guna hidup apabila kita kehilangan.Merasa diri tak berguna dan sentiasa berada dalam kerugian.mengakibatkan usaha dan usaha berhenti di tengah jalan , harapan tinggal harapan, impian hanya impian dan hanya kenangan menemani diri yang berduka.Kekuatan hilang terbang melayang entah kemana.Segalanya sudah tidak bererti kini walaupun dahulunya semua ini amat BERERTI. kasih sayang yang ada tidak mencukupi .Hati rasa gundah gulana hidup rasa sia-sia.

Kasih sayang yang dahulunya mencurah-curah tapi kini ia kosong.hanya kerana hidup ini rasai kehilangan yang besar.Memang ramai yang akan berkata 'yang pergi , biarlah pergi, usah dikenang benda yang lepas'.Mudah berkata-kata dari menaggungnya sendiri.Dulu orang di sekeliling ada yang menghadapi perkara yang sama,malah ada yang lebih teruk.Tapi diendah tak endahkan sahaja apa yang ada disekeliling kerana bahagia dengan apa yang diperolehi.Kini semuanya hilang baru mata terbuka dengan luasnya.


Lawak jenaka,gurau senda,caci maki,pukulan dan tumbukan semua itu cara menunjukkan kasih sayang.Kini jika ada semua itu pun,tak semeriah dulu,tak sehangat dulu kerana ada yang hilang.Hilang yang kehilangnya pergi tak kembali,dinanti pun tiada guna kerana tidak akan muncul semula.malah tiada pengannti.


Allah maha suci.menghantar gadis setan ini ketempat yang hati gadis setan ini tidak mahu pergi,yang tidak mahu dijejaki dan diingati.Ya! tiga tahun terpaksa disana.Terpaksa kuatkan hati yang kecil ini.Demi menyempurnakan impian yang tergendala dahulunya akibat belum tiba masanya.Namun saat disana amat perit.Hari-hari di lubuk hati menjerit meronta ingin pulang ke syurga asal dan tidak mahu tinggal di syurga yang dirasakan tidak memerlukan kehadiran gadis setan yang pura-pura kuat,pura-pura tabah.


Gadis setan melangkah dengan lemah ketempat yang tidak diingininya.Dengan harapan menjejaki semua tempat yang pernah dijejaki oleh kekosongan hati.Kuatkan diri melangkah dan melangkah pergi menjejaki dan menawan tempat yang sebelum ini hanya didengari. Ya!Gadis setan ini dah menjejaki tempat-tempat yang didengarinya dan semasa berada disana hati gadis setan ini berkata "Ya Allah , kau beri hambamu ini peluang ke tempat kenangan yang abadi.Terima kasih''


Hari demi hari hidup semakin sepi.Setiap malam gadis setan ditemani air mata yang mengalir tanpa henti.Kuatkanlah si gadis setan ini Ya ilahi.Pernah juga terfikir si gadis setan jika kekosongan hati berada di syurganya,maka gadis setan adalah yang paling bahagia paling gembira paling ceria.Namun itu semua angan-angan gadis setan yang hampa yang tidak logik diterima oleh akal fikiran kerana kekosongan hati sudah tiada.Apa yang mampu dilakukan oleh gadis setan hanyalah mengiringi kekosongan hati dengan doa dan doa.


Kemewahan kini memang melimpah bagaikan larva yang dimuntahkan oleh gunung berapi yang ganas.Namun semua ini tak berguna akibat kehilangan yang hilang lebih besar daripada apa yang dikecapi sekarang.Memang diakui hidup ini makin lama makin dimurahkan rezeki olehNya.Ahhh, semua itu tak bermakna jika hati ini kosong.Tidak bermakna apabila terdapat ruangan kosong yang amat dalam dilubuk hati ini.Tidak bermakna jika ia melibatkan hati kecil ini dan melibatkan hati-hati yang lainya.Semua merasa kehilangan kekosongan dan keperitan.



Kasih sayang dari sahabat-sahabat baru si gadis setan sentiasa mengiringi si gadis setan di syurga kekosongan hati.Kasih sayang ini semua dihargai namaun masih belum cukup untuk mengisi tempat kekosongan hati.tempat yang diduduki kekosongan hati terlalu luas terlalu dalam.Ya, si gadis setan memang suka berpura-pura.Kerana gadis setan ini tidak mahu meraih simpati.Pura-pura cekal walaupun sedar diri ini tidak kuat tidak tabah.Gadis setan ini memang akan berpura-pura hingga ke hujung hayatnya kerana bimbang kasih dihati yang ada dihati ini lebih terasa.Gadis setan kuatkan diri kerana kasih dihati masih ada.




Kekosongan hati adalah segala erti kasih sayang yang ada di dunia gadis setan dan kasih dihati.Tiada yang lain.Semoga gadis setan ini menjadi gadis pari-pari suatu hari nanti.Kerana gadis setan ini ingin menemui kekosongan hati di syurga abadi.